PANDANGAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan.Salah satu asas matlamat pendidikan
adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Dalam hal ini
falsafah pendidikan memainkan peranan penting. Falsafah pendidikan awal
kanak-kanak termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Menurut kementerian pendidikan Malaysia, falsafah
pendidikan kebangsaan ialah pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
kearah lebih memperkembangan potensi individu secara menyelurih dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan. Sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah pendidikan Negara telah
menjadi pedoman dan panduan untuk menjalankan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik. Oleh itu, kementerian pendidikan Malaysia telah
mengariskan beberapa garis panduan. Garis panduanya ialah memperkembangkan
potensi kanak-kanak, perkembangan kognitif kanak-kanak, cabaran membanteras
kesan kemiskinan, sosialisasi yang membina, mengesan kelemahan kanak-kanak dan
akhirnya pengawasan kanak-kanak.
Bagi menjayakan falsafah ini
pandangan dan falsafah pengasas pendidikan awal kanak-kanak amat
dititikberatkan. Bagi membentuk progaran pendidikan prasekolah beberapa tokoh
telah memberikan kesan signifikan. Hal ini dikhususkan kepada Maria Montessori
dan Imam Al- Ghazali.
PENGASAS-PENGASAS PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Orang
yang memberi sumbangan dan jasa kepada sesuatu bidang itu dikenali sebagai
tokoh bidang tersebut. Bagi bidang pendidikan prasekolah ada juga tokoh dari
luar negara dan dalam negara yang telah memberi sumbangan yang amat dihargai.
Martin Luther, john Amos Comenius, jean Jacques Rousseau, Johann Pestalozzi,
friedrich Wilhelm Froebel, Maria Montessori, john Dewey, dan imam al- ghazai
adalah pengasas-pengasas pendidikan awal kanak-kanak. Dalam
pembentukkan pendidikan prasekolah beberapa tokoh tersebut mengemukakan kesan
signifikan.
Martin Luther (1483-1546) merupakan
tokoh renaisans. Beliau merupakan pejuang pendidikan. Luther mencadangkan dan
menegaskan muzik dan pendidikan jasmani dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
kanak-kanak. Luthr mempercayai bahawa keluarga merupakan institusi penting
dalam pendidikan kanak-kanak. John Amos Comenius (1592-1670) mempercayai bahawa
pembelajaran yang diberikan kepada kanak-kanak harus meliputi unsur kebebasan,
keriangan, keseronokan dan kegembiraan. Beliau juga menggalakan embelajaran
secara bebasa dan mempengaruhi Montessori dan Piaget yang berkaitan dengan
sentuhan pada objek-objek maujud. Jean Jacques Rousseau (1712-1778) mempercayai
bahawa pendidikan semula jadi.
Selain itu, Johann Pestalozzi
(1746-1827) menolok amalan menghafal, hukuman zalim dan pengasingan kanak-kanak
miskin daripada sekolah. Beliau menyatakan bahawa kaedah terbaik bagi
mempelajari konsep adalah melalui manipulatif seperti mengira, mengukur, merasa
dan menyentuh dan sebagainya. Beliau berpendapat bahawa guru yang baik ialah
guru yang boleh berdamping dengan kanak-kanak bukan dengan matapelajaran. Friederich
Wilhelm Frobel (1783-1852) mempercayai permaianan adalah asas dalam
pendididkan. Sumbangan besarnya ialah tentang peranan permaianan dalam
pembelajaran kanak-kanak. Beliau membentuk aktiviti yang dinamakan pekerjaan
dan menyanyi dalam bulatan.
Justeru, John Dewey (1859-1952), berkata
bahawa kanak-kanak harus dihormati. Beliau terkenal dengan ideanya tentang
aktiviti purposif sebagai kaedah pembelajaran. Beliau mengutamakan peruntukan
kepada sudut-sudut tertentu dalam bilik darjah.
Hasil kajian Dewey membantu membentuk kurikulum yang berdasarkan
pengetahuan dan minat kanak-kanak. Selain itu, Maria Montessori (1870-1952)
mempercayai bahawa pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak. Jean
Piaget (1896-1980) pula menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu.
Pertamanya ialah mealui interaksi. Keduanya ialah melalui pengetahun fizikal
dan akhirnya melalui logical matematik. Akhirnya, imam al-ghazali (1058M-1111M)
mengatakan bahawa kanak-kanak perlu diajar sejak kecil lagi.