Thursday, 3 October 2013

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

 PANDANGAN DAN FALSAFAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

  Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan.Salah satu asas matlamat pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan melangkaui generasi. Dalam hal ini falsafah pendidikan memainkan peranan penting. Falsafah pendidikan awal kanak-kanak termaktub dalam falsafah pendidikan kebangsaan.

   Menurut kementerian pendidikan Malaysia, falsafah pendidikan kebangsaan ialah pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangan potensi individu secara menyelurih dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan. Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

      Falsafah pendidikan Negara telah menjadi pedoman dan panduan untuk menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran yang sistematik. Oleh itu, kementerian pendidikan Malaysia telah mengariskan beberapa garis panduan. Garis panduanya ialah memperkembangkan potensi kanak-kanak, perkembangan kognitif kanak-kanak, cabaran membanteras kesan kemiskinan, sosialisasi yang membina, mengesan kelemahan kanak-kanak dan akhirnya pengawasan kanak-kanak. 

      Bagi menjayakan falsafah ini pandangan dan falsafah pengasas pendidikan awal kanak-kanak amat dititikberatkan. Bagi membentuk progaran pendidikan prasekolah beberapa tokoh telah memberikan kesan signifikan. Hal ini dikhususkan kepada Maria Montessori dan Imam Al- Ghazali.



PENGASAS-PENGASAS PENDIDIKAN PRASEKOLAH

      Orang yang memberi sumbangan dan jasa kepada sesuatu bidang itu dikenali sebagai tokoh bidang tersebut. Bagi bidang pendidikan prasekolah ada juga tokoh dari luar negara dan dalam negara yang telah memberi sumbangan yang amat dihargai. Martin Luther, john Amos Comenius, jean Jacques Rousseau, Johann Pestalozzi, friedrich Wilhelm Froebel, Maria Montessori, john Dewey, dan imam al- ghazai adalah pengasas-pengasas pendidikan awal kanak-kanak.   Dalam pembentukkan pendidikan prasekolah beberapa tokoh tersebut mengemukakan kesan signifikan.

       Martin Luther (1483-1546) merupakan tokoh renaisans. Beliau merupakan pejuang pendidikan. Luther mencadangkan dan menegaskan muzik dan pendidikan jasmani dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak. Luthr mempercayai bahawa keluarga merupakan institusi penting dalam pendidikan kanak-kanak. John Amos Comenius (1592-1670) mempercayai bahawa pembelajaran yang diberikan kepada kanak-kanak harus meliputi unsur kebebasan, keriangan, keseronokan dan kegembiraan. Beliau juga menggalakan embelajaran secara bebasa dan mempengaruhi Montessori dan Piaget yang berkaitan dengan sentuhan pada objek-objek maujud. Jean Jacques Rousseau (1712-1778) mempercayai bahawa pendidikan semula jadi.

    Selain itu, Johann Pestalozzi (1746-1827) menolok amalan menghafal, hukuman zalim dan pengasingan kanak-kanak miskin daripada sekolah. Beliau menyatakan bahawa kaedah terbaik bagi mempelajari konsep adalah melalui manipulatif seperti mengira, mengukur, merasa dan menyentuh dan sebagainya. Beliau berpendapat bahawa guru yang baik ialah guru yang boleh berdamping dengan kanak-kanak bukan dengan matapelajaran. Friederich Wilhelm Frobel (1783-1852) mempercayai permaianan adalah asas dalam pendididkan. Sumbangan besarnya ialah tentang peranan permaianan dalam pembelajaran kanak-kanak. Beliau membentuk aktiviti yang dinamakan pekerjaan dan menyanyi dalam bulatan.
     
                                                                     
      Justeru, John Dewey (1859-1952), berkata bahawa kanak-kanak harus dihormati. Beliau terkenal dengan ideanya tentang aktiviti purposif sebagai kaedah pembelajaran. Beliau mengutamakan peruntukan kepada sudut-sudut tertentu dalam bilik darjah.  Hasil kajian Dewey membantu membentuk kurikulum yang berdasarkan pengetahuan dan minat kanak-kanak. Selain itu, Maria Montessori (1870-1952) mempercayai bahawa pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak. Jean Piaget (1896-1980) pula menjelaskan tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu. Pertamanya ialah mealui interaksi. Keduanya ialah melalui pengetahun fizikal dan akhirnya melalui logical matematik. Akhirnya, imam al-ghazali (1058M-1111M) mengatakan bahawa kanak-kanak perlu diajar sejak kecil lagi.
         

No comments:

Post a Comment